Sangat Sedap Lunch Di Restoren Wan Nasi Kukus Guar Chempedak
Salam.
Idea nak lunch nasi kukus ni dah lama dah sebenarnya. Since selalu tengok good feedback from their customers. Khamis lepas, kita dengan hasben datang ke Sungai Petani. Tujuan utama actually sebab kita ada interview. Alhamdulillah, kita dapat kerja tu. Pasal kerja ni nanti kita story kat entry lain ye. So bila dah settle interview tu, adik kita ajak jalan-jalan. So kitorang pun plan pergi makan kat Restoren Wan Nasi Kukus di Guar Chempedak.
Sampai sini dalam pukul 12.30 tengah hari. So memang ngam ngam waktu dinner la kan. Ramainya orang waktu kami sampai kedai ni.
Sampai je kami terus ambil seat dan tengok lauk. Macam-macam lauk ada sedap-sedap pulak tu. Service diorang, memang tiptop. Cepat dan efisyen. Kita bagi 5 bintang kat sini.
Rasa nasi kukus dia memang power ditambah dengan sambal belacan yang super power tapi sedap! Makan dengan ayam goreng tadi memang sangat perfect combination! For the conclusion, kita sangat berpuas hati makan di Restoran Wan Nasi Kukus. Location dia senang sangat nak cari. Environment kedai yang convenience, service tiptop, makanan sedap. Semua A++ la! Harga pulak sangat berpatutan dengan portion. Senang cerita, tak payah tunggu gaji hujung bulan pun boleh datang sini la. Pada korang yang belum try makan kat sini, korang try la datang makan. Memang tak mengecewakan!
Comments
Post a Comment